Sunday, January 24, 2010

Backup Dulu Sebelum Format

Satu langkah mudah yang selalunya diambil apabila sistem komputer terganggu kerana diserang virus adalah FORMAT.

Walaubagaimanapun, setelah diformat, timbul lagi masalah lain apabila terdapat sesetengah perkakasan yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kehilangan driver.

Bagi yang mempunyai CD driver mungkin tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun, bagi yang kehilangan CD driver atau CD driver telah rosak, mungkin akan mendatangkan masalah kerana tanpa driver, perkakasan komputer seperti motherboard, sound card, video card tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Hal ini berlaku kerana sesetengah driver komputer OEM (Original Equipment Manufacturer) di buat khas untuk komputer itu sahaja dan sukar untuk ditemui.

Oleh hal yang demikian, sebagai peringatan kepada sesiapa yang ingin “format” komputer, anda perlu “backup “driver-driver yang ada terlebih dahulu.

Di sini terdapat beberapa senarai pilihan “software” yang boleh dimuat turun di internet bagi digunakan untuk “backup” driver-driver tersebut:-

1) Driver Max
Perisian yang membolehkan anda melakukan backup driver ataupun restore semula semua driver di dalam satu folder.
Laman web : www.innovative-sol.com/drivermax/index.htm

2) Driver Backup 1.0.0.1
Perisian ini juga boleh membantu mengumpulkan kesemua driver perkakasan komputer anda. Namun, antaramukanya agak ringkas dan fungsinya mungkin kurang menarik seperti DriverMax. Ia sebagai perisian alternatif kepada anda.
Laman web : http://wareseeker.com/freeware/driver-backup-1.0.0.1/247960/CSharp-DriverBackup.exe

3) Driver Collector 1.2
Perisian ini juga mengumpulkan kesemua driver perkakasan komputer anda.

4) Double Driver

5) DriverMagician

No comments:

Post a Comment